Selamat datang ke Sistem OnPay untuk Dana Naik Taraf Surau menjadi Surau Jumaat.
Periksa URL anda dan pastikan bahawa anda telah memasukkan URL yang betul.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Semoga semuanya berada dalam kesejahteraan, beroleh rahmat dan mendapat perlindungan daripada Allah SWT.
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor telah meluluskan cadangan menaik taraf Surau Al Furqan di Bandar Baru Selayang - JAI.Sel.BPM/01/015/6 Jld2 !16)
Tujuan utama naik taraf ialah untuk menambah keluasan ruang solat bagi menampung kapasiti dari 300 kepada 1,580 jemaah dan boleh dibuat Solat Jumaat. Dengan keluasan 1,068 m persegi, bangunan baru dua tingkat yang dilengkapi dengan Bilik Kuliah, Bilik Pengurusan Jenazah, Fasiliti Penginapan dan Kiosk Perniagaan juga akan dimanfaat oleh 800 pelajar sekolah agama untuk melakukan solat jemaah dalam keadaan yang lebih sempurna.
Maklumat terperinci boleh didapati di laman web https://suraualfurqan.net
Pembiayaan kos pembangunan sebanyak RM3.2 bergantung sepenuhnya daripada sumbangan dan sokongan kewangan orang ramai.
Dengan itu kami menjemput dan mengalu-alukan sumbangan infak - sedekah jariah daripada semua para muslimin dan muslimat seluruh Malaysia.
Bersama kita amalkan ibadah sedekah yang besar ganjarannya, yang dijanjikan Allah SWTdiberi balasan ketika di dunia lagi dan berlipat ganda hasilnya.
JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRA
